The bi-annual event, first initiated in 1984, has grown into the world's single largest palm oil event deliberating on technological breakthrough and advancements in the palm oil sector as well as on developments affecting the oils and fats industries.
IPOC 2009 had turned into a global forum and landmark event over the past 25 years as it benchmarked the oil palm industry in term of advances in research and scientific findings by MPOB, the oil palm industry and other institutions and provided an update on latest global palm oil developments.
IPOC 2009 at KLCC will have five concurrent conferences and the biggest trade exhibition with 240 booth.
[ add comment ] ( 10 views ) | permalink |




( 3 / 305 )
KLON 1 MALAYSIA adalah klon baru yang dihasilkan daripada program pembiakbakaan Lembaga Getah Malaysia (LGM). Ianya telah menunjukan prestasi yang sangat baik dari segi pengeluaran lateks dan tumbesaran pokok.
Penilaian keatas Klon 1 Malaysia mendapati bahawa klon ini boleh ditoreh dalam tempoh 4 setengah tahun selepas ditanam. Purata hasil pengeluaran lateks pula melebihi 2.000 kg/ha/tahun.
Klon 1 Malaysia adalah klon berpotensi dari segi pengeluaran lateks dan kayu. Klon ini disyorkan untuk penanaman secara komersial dan untuk pekebun-pekebun kecil.
LATARBELAKANG
Program pembiakbakaan getah secara sistematik di Lembaga Getah Malaysia bermula pada tahun 1928 dan telah menghasilkan enam siri klon. Klon-klon tersebut ialah siri RRIM 500 (30 Klon), siri RRIM 600 (39 Klon), siri RRIM 700 (36 Klon), siri RRIM 800 (10 Klon), siri RRIM 900 (43 Klon) dan siri RRIM 2000 (33 klon).
Walaubagaimanapun, selepas melalui penilaian dalam percubaan klon berskala besar di pelbagai keadaan persekitaran di seluruh Negara, hanya sebilangan kecil sahaja dalam setiap siri yang Berjaya disyorkan untuk penanaman secara besar-besaran.
Pembiakbakaan pada masa ini menekankan penghasilan klon-klon dengan hasil lateks dan isipadu kayu yang tinggi sebagai ciri-ciri utama. Ciri-ciri lain yang penting adalah kadar pertumbuhan, ketebalan kulit, ketahanan terhadap kerosakan angin, ketahanan terhadap penyakit-penyakit getah, respon terhadap perangsangan dan kekeringan pokok.
Untuk mencapai hasrat ini, program pembiakabakaan getah telah menggunakan germplasma dan baka-baka baru yang diperkenalkan sebelum ini. Penggunaan germplasma dan baka-baka baru ini dalam program pembiakabakaan telah berjaya menghasilkan klon-klon baru yang yang unggul dalam siri RRIM 900, siri RRIM 2000 dan yang terbaru ialah siri RRIM 3000.
Klon 1 Malaysia merupakan klon dalam siri RRIM 3000 dan turut dikenali sebagai RRIM 3001 yang mampu menjadikan industry getah lebih berdaya saing dan mempuyai nilai komersial yang tinggi.
[ 4 comments ] ( 57 views ) | permalink |




( 3 / 281 )Majlis Bersama Menteri dan Industri (Kayu dan Perabot) 8 - 9 Jun 2009, 4.30 pm, Shangri-La, Putrajaya.
Sepetang bersama Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (KPPK) dengan wakil industri merupakan satu majlis cocktail yang diadakan pada 8 dan 9 Jun 2009 dengan pengusaha-pengusaha dari sektor Kayu-kayan dan Perabot. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengenali Menteri KPPK secara tidak formal sambil mendapat maklumbalas tentang isu-isu berkaitan, ekspektasi Kementerian dan perancangan kerjasama yang boleh diteliti.Seramai 78 org jemputan telah hadir di majlis bersama Menteri pada 8 dan 9 Jun 2009, yang terdiri daripada wakil persatuan seperti Malaysian Timber Council (MTC), Sabah Timber Industries Association (STIA), Malaysian Furniture Entrepreneurs Association (MFEA) Persatuan Pengusaha Kayu kayan & Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA), Malaysian Furniture Promotion Council (MFPC) dan wakil dari Syarikat Perabut.
Semua wakil industri yang dijemput, berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat bersama menteri bagi membuahkan satu idea yang mantap dalam membangunkan industri kayu negara. Antara topik yang dibincangkan adalah masalah dalam import dan eksport bahan mentah kayu serta terdapat pelbagai sekatan seperti duti import, duti eksais dan cukai jualan yang dikenakan terhadap produk kayu kayan ini.

Dari segi kewangan pula pelbagai inisiatif yang dicadangkan bagi membantu pengusaha industri kayu kayan dalam mengembangkan perniagaan. “Brand Promotion Grant” atau Geran mempromosikan jenama merupakan satu program yang membantu pengusaha mendapatkan sumber kewangan dalam membangunkan dan mempromosikan jenama dan produk mereka sendiri ke peringkat antarabanngsa.
Perbincangan ini juga menyentuh aspek pembangunan yang berteraskan rakyat dimana program Women export development Programs (WEDP) yang membantu Pengeksport industri kayu kayan wanita yang baru menceburi diri dalam industri ini. Program dan pelaksaan yang lengkap telah dibincangkan bagi mendapatkan “Blue Print” yang efektif untuk membangukan (WEDP).
Tidak ketinggalan juga program yang diperuntukan untuk bumiputera seperti Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera atau Bumiputera Exporters Development Program (BEDP) yang berperanan membantu pengeksport bumiputera yang bersaiz sederhana dalam mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
[ add comment ] ( 19 views ) | permalink |




( 2.1 / 605 )Kindly post your opinion about this recent blog.
Thank you.
[ 3 comments ] ( 82 views ) | permalink |




( 3 / 347 )
Calendar



