OBJEKTIF :
Objektif Bahagian Biobahan Api (BBA) ditubuhkan di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi adalah bagi melaksanakan dan menguatkuasakan Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 agar industri ini berdaya saing dan terus menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
FUNGSI :
-
Mengkaji dan merangka dasar berkaitan industri biobahan api, termasuk mengkaji semula perundangan dan peraturan yang berkaitan dari semasa kesemasa;
-
Mendaftar dan mengeluarkan lesen bagi aktiviti :
- Membina loji biobahan api atau pengadunan biobahan api;
- Mengeluarkan biobahan api;
- Mengadun biobahan api dengan bahan api atau biobahan api yang lain;
- Mengeksport biobahan api,biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api yang lain;
- Mengimport biobahan api,biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api yang lain;
- Mengangkut biobahan api,biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api yang lain yang berkaitan dengan aktiviti huluan;
- Menyimpan biobahan api , biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api yang lain yang berkaitan dengan aktiviti huluan;
- Mengukur biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api yang lain; dan
- Menguji biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api yang lain;
-
Mengawal selia industri bioban api , terutamanya melaksanakan penguatkuasaan yang melibatkan aspek - aspek termasuk operasi, siasatan, pendakwaan dan kompaun;
-
Menggalakkan pembangunan industri biobahan api, termasuk memberi khidmat nasihat kepada individu atau organisasi yang akan menceburkan diri dalam industri biobahan api;
-
Membangunkan pengkalan data hasil maklumat yang diperolehi daripada perlesenan semua aktiviti yang dilesenkan.














